Banjir di Johor memburuk, amaran cuaca peringkat bahaya

Harits Asyraf Hasnan, Hafidah Samat, Siti Nur Aqilla Omar
Januari 2, 2021 09:06 MYT
Amaran cuaca peringkat bahaya di tiga daerah di Johor iaitu Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, dan amaran cuaca peringkat buruk bagi daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin memburuk dengan beberapa kawasan di empat daerah di negeri itu ditenggelami air sejak Jumaat.
Ia membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi dan Kulaijaya.
Memetik laporan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga jam 4 petang tadi, seramai 1,143 mangsa daripada 308 keluarga telah dipindahkan.
Mereka ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.
Banjir dipercayai berpunca akibat hujan sederhana lebat tanpa henti sejak Jumaat.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meminta semua mangsa yang terjejas akibat banjir untuk segera berpindah ke PPS.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya di tiga daerah di Johor iaitu Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
BACA: Amaran cuaca bahaya di beberapa kawasan di Johor - METMalaysia
BACA: Wanita 59 tahun korban pertama banjir Johor
Amaran cuaca peringkat buruk juga dikeluarkan bagi daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.
TERKINI: Banjir di empat daerah di Johor semakin memburuk
#banjir #pusat pemindahan #Johor #banjir johor #Johor Bahru #Kota Tinggi #PPS #Kulai #Batu Pahat