awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Johor pulih, PPS terakhir tutup 6 petang

Bernama
Bernama
29/03/2025
13:30 MYT
Banjir di Johor pulih, PPS terakhir tutup 6 petang
Azmi berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 6 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.
"Kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman masing-masing didapati selamat.
"Bagaimanapun, Jabatan Metereologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.24 meter.
Sejak 19 Mac lepas banjir di Johor menjejaskan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat dengan jumlah mangsa melebihi 13,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#paras amaran
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan