[TERKINI] Ikuti pembentangan Bajet 2026 secara langsung – video tumpuan, undian anda serta analisis penuh di sini!
MALAYSIA

Banjir di Kedah pulih, PPS terakhir ditutup

Bernama 10/10/2025 | 04:45 MYT
Penutupan PPS itu selaras dengan pemakluman awal yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar hari ini. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Banjir di Kedah pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya, hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas akan ditutup sepenuhnya pada 2 petang ini.

"Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan PPS ini akan ditutup sepenuhnya pada petang nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penutupan PPS itu selaras dengan pemakluman awal yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar hari ini.

-- BERNAMA

#banjir kedah #PPS #APM #Muhammad Suhaimi