awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kedah semakin pulih

Faida Rahim
Faida Rahim
07/12/2023
09:17 MYT
Banjir di Kedah semakin pulih
Pemantauan akan dipertingkatkan dan APM dalam keadaan berjaga sekiranya MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan di kawasan terbabit. - Gambar APM Kedah
ALOR SETAR: Keadaan banjir kilat di kedah dilaporkan semakin pulih berdasarkan cuaca yang baik pada Khamis.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata ketika ini hanya dua sungai di negeri itu melepasi paras bahaya.
“Ketika ini, masih terdapat dua sungai lagi di negeri kedah iaitu Sg Anak Bukit, Kota Setar dan Sg Bata, Kubang Pasu yang menunjukkan air di paras bahaya. Namun, trend air semakin menurun.
“Walau bagaimanapun, APM akan sentiasa bersiap siaga dan anggota APM di lapangan diatur gerak membuat pemantauan di kawasan banjir terutamanya di kawasan hotspot,” katanya ketika dihubungi petang ini.
Tambah beliau, pemantauan akan dipertingkatkan dan APM dalam keadaan berjaga sekiranya Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan di kawasan terbabit.
Pagi tadi, Suhaimi memaklumkan tiga sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan sejak dua hari lalu.
Sungai itu termasuk Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas dalam daerah Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#banjir kilat
#Kedah banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan