Banjir di Kelantan bertambah pulih, mangsa susut kepada 825

Bernama
Disember 8, 2019 00:59 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 825 orang daripada 304 buah keluarga setakat pukul lapan pagi ini berbanding 1,459 (536 keluarga) malam tadi. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 825 orang daripada 304 buah keluarga setakat pukul lapan pagi ini berbanding 1,459 (536 keluarga) malam tadi.
Berdasarkan aplikasi InfoBencanaJKM, dua jajahan masih terkesan banjir dengan mangsa seramai 168 (85 keluarga) di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pasir Mas sementara di Tumpat masih terdapat 657 mangsa (219 keluarga) berada di enam PPS.
Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan hanya paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada amaran iaitu 8.12 meter (amaran 8 meter) manakala semua sungai lain telah kembali ke paras normal.
Cuaca pagi ini mendung dan tiada jalan yang ditutup untuk semua kenderaan.
-- BERNAMA
#InfoBencanaJKM #mangsa banjir #Pasir Mas #publicinfobanjir #pusat pemindahan #Tumpat