awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2024
23:50 MYT
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Tinjauan menunjukkan keadaan beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir kembali surut di Marang, Terengganu, 26 Nov 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak.
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Seramai 1,223 mangsa daripada 357 keluarga yang ditempatkan di 37 PPS yang dibuka.
Antara daerah terjejas adalah Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.
Sementara itu, banjir di Terengganu tidak menunjukkan banyak perubahan dengan mangsa banjir dicatatkan seramai 64 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.
Kawasan yang masih terjejas banjir di Marang dan Besut.
Bagi Johor pula, seramai 28 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di Segamat.
Negeri terakhir terjejas ialah Sarawak dengan 18 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Betong.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#banjir gelombang kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan