awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Mersing pulih, tiga PPS masih beroperasi di Segamat

Bernama
Bernama
28/12/2023
13:22 MYT
Banjir di Mersing pulih, tiga PPS masih beroperasi di Segamat
Pada Selasa lepas, Mersing menjadi daerah pertama di Johor dilanda banjir susulan hujan berterusan. - Gambar fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Banjir di daerah Mersing pulih sepenuhnya dan kesemua 91 mangsa daripada 32 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Taman Negara Endau Rompin dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Orang Asli Peta dibenarkan pulang selepas banjir di kawasan kediaman mereka surut, sekali gus membolehkan PPS itu ditutup 6 petang tadi.
Pada Selasa lepas, Mersing menjadi daerah pertama di Johor dilanda banjir susulan hujan berterusan.
Sementara itu, JPBN turut memaklumkan jumlah mangsa banjir yang berlindung di tiga PPS di Segamat adalah seramai 54 orang daripada 14 keluarga setakat 8 malam ini.
Tiga PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Jabi dan Dewan Komuniti Taman Tasek.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir mersing
#Pulih
#mangsa banjir
#PPS
#JPBN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan