KUALA LUMPUR:Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti yang pernah melanda negeri-negeri berkenaan sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.
Sebaliknya kata beliau, pihaknya menjangkakan hanya banjir biasa seperti yang berlaku setiap tahun.
"Maknanya banjir berlaku seperti biasa, kita tak jangkakan sebesar 2014 atau 2013 di Kemaman (Terengganu), begitu juga di Johor kita tak jangkakan banjir sebesar 2006 dan 2007. Jadi, tahun ini lebih kurang banjir biasa, cuma tahun ini di Pahang agak besar sikit," katanya pada sidang media di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.
Jailan berkata dari segi ramalan terkini, pihaknya masih mengekalkan amaran cuaca waspada di Kelantan dan Terengganu, namun amaran berkenaan telah ditamatkan bagi Johor dan Pahang.
"Maknanya kita tidak menjangkakan ada hujan lebat untuk beberapa hari akan datang," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan Monsun Timur Laut yang mengakibatkan banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia itu dijangka berakhir pada pertengahan atau minggu ketiga bulan ini.
"Memang kita sebenarnya jangka Monsun Timur Laut hanya akan berakhir pertengahan atau minggu ketiga bulan Mac. Bagaimanapun, untuk Semenanjung biasanya tempoh akan berakhir pertengahan atau minggu ketiga Januari," katanya.
Jailan berkata pihaknya juga menjangkakan keadaan cuaca bertambah baik di Johor dan Pahang dalam tempoh seminggu ini, manakala Kelantan dan Terengganu diramal masih berlaku hujan di sebelah pagi dan petang.
"Bagaimanapun, kemungkinan berlaku (banjir) di Johor dan Pahang ini masih tinggi sebab masih awal Januari. Tapi selepas itu kita kena pantau pula di Sabah dan Sarawak sebab akan terima hujan atau musim banjir antara bulan Januari dan Februari," katanya.
Bencana banjir di negara ini turut melanda empat lagi negeri iaitu Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor, selepas Johor dan Pahang yang lebih awal dilanda bencana berkenaan.
Bernama
Tue Jan 05 2021
MetMalaysia menganggap situasi yang berlaku ketika ini sebagai banjir biasa seperti yang berlaku setiap tahun. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Bernas beli padi di Kelantan walaupun kualiti rendah
Bernas masih membeli padi yang terjejas akibat banjir walaupun keadaan padi tersebut telah jatuh mutu, tiada nilai komersial dan perlu diasingkan.
Banjir semakin surut di empat jajahan Kelantan
Jajahan Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Machang mulai pulih dengan semua pusat pemindahan di jajahan berkenaan ditutup petang tadi.