MALAYSIA

Banjir di Perak pulih sepenuhnya, PPS ditutup

Bernama 03/11/2025 | 05:26 MYT
Keadaan lokasi bencana ketika ini dilaporkan selamat dan semua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Situasi banjir di Perak kini pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dalam daerah Manjung ditutup berkuat kuasa pada 12 tengah hari ini.


Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas PPS di SK Agama Rakyat Padang Serai, Manjung ditutup pada 12 tengah hari; semua mangsa telah pulang ke rumah.
  • Sebanyak 66 mangsa daripada 17 keluarga berlindung di PPS sejak 23 Oktober sebelum ia ditutup hari ini.
  • Kerjasama pelbagai agensi dihargai kerana memastikan operasi pemindahan dan pengurusan PPS berjalan lancar.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung Shamsul Ridzuan Idris dalam kenyataan berkata keadaan lokasi bencana ketika ini dilaporkan selamat dan semua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing.

"Hasil pemantauan bersama-sama polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Penghulu Mukim Pengkalan Baru telah mendapati keadaan lokasi bencana ketika ini telah selamat.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, individu serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang operasi," kata Shamsul Ridzuan yang juga Pegawai Daerah Manjung.

Pagi tadi, sebanyak 66 orang daripada 17 keluarga melibatkan penduduk di Kampung Padang Serai berlindung di PPS terbabit yang dibuka sejak 23 Okt lepas.

-- BERNAMA



#Banjir di Perak pulih #PPS ditutup #mangsa banjir #manjung