MALAYSIA

Banjir di Perak semakin pulih, situasi di Sarawak tidak berubah

Bernama 11/12/2025 | 10:28 MYT
Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak yang masih beroperasi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak semakin pulih dengan jumlah mangsa di Hilir Perak menurun kepada 19 orang daripada lima keluarga, berbanding 83 mangsa daripada 23 keluarga pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Perak pulih dengan jumlah mangsa di Hilir Perak berkurang kepada 19 orang dari lima keluarga, berbanding 83 mangsa dari 23 keluarga pagi tadi.
  • Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang masih beroperasi, manakala Dewan Serbaguna IPD Hilir Perak ditutup sepenuhnya.
  • Cuaca hujan dijangka di daerah Hilir Perak, Kinta, dan Kampar malam ini; sementara di Sarawak, 140 orang terdiri daripada mangsa banjir dan tanah runtuh ditempatkan di tiga PPS di Miri.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.

Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak yang menempatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan meramalkan cuaca hujan di daerah Hilir Perak, Kinta dan Kampar malam ini.

Sementara itu, di SARAWAK, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di tiga PPS di Miri tidak berubah pada 4 petang ini iaitu sebanyak 140 orang terdiri daripada 136 mangsa banjir dan empat mangsa tanah runtuh.

Sekretariat JPBN Sarawak memaklumkan 109 mangsa banjir berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Suai Niah manakala 23 lagi di SK Kampung Angus.

Selain itu, masing-masing empat mangsa banjir dan tanah runtuh ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah.

-- BERNAMA

#banjir Perak #banjir Sarawak #banjir 2025 #mangsa banjir