MALAYSIA
Banjir di Sabah lebih kompleks, keadaan geografi cabaran logistik bantuan - MERCY Malaysia
Keadaan muka bumi yang pelbagai di Sabah menjadi satu cabaran untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa terjejas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peningkatan mangsa banjir di Sabah memerlukan perhatian daripada pelbagai sudut supaya bantuan dapat disalurkan dengan efisien dan segera.
Ketua Operasi Global, MERCY Malaysia, Shah Fiesal Hussain berkata, bencana banjir di Sabah adalah lebih kompleks berbanding negeri lain, disebabkan faktor geografi yang unik.
Antaranya keluasan negeri, kepelbagaian bentuk muka bumi serta taburan penduduk yang jauh di pedalaman menjadikan operasi bantuan lebih rumit, justeru strategi menyeluruh diperlukan.
“Sabah mempunyai cabaran berbeza. Kawasannya sangat luas, ada yang bergunung-ganang, ada yang dikelilingi sungai, manakala penduduknya tinggal berselerak di kawasan terpencil.
"Faktor ini menyebabkan impak banjir di Sabah lebih kompleks berbanding negeri-negeri lain,” kata Shah dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, pada Rabu.
Keadaan itu memberi kesan langsung kepada aspek logistik, terutamanya apabila banyak laluan darat terputus akibat banjir dan tanah runtuh.
Demikian itu, MERCY Malaysia menekankan keperluan penggunaan pengangkutan alternatif termasuk bot dan helikopter bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan segera.
“Bantuan tidak boleh hanya bergantung kepada jalan raya. Untuk sampai ke kampung pedalaman, kami memerlukan aset khas seperti helikopter atau bot.
"Selain tenaga kerja tambahan bagi memastikan barangan keperluan dan rawatan kecemasan sampai kepada mangsa,” jelas beliau.
Sheikh Fiesal turut menekankan kepentingan koordinasi antara agensi kerajaan bagi memastikan operasi menyelamat dan pengagihan bantuan berjalan lancar.
“Kami bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta kerajaan negeri.
"Dalam situasi sebegini, perkongsian data lapangan yang terkini amat penting supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan mangsa di kawasan terpencil tidak terlepas menerima bantuan,” katanya.
MERCY Malaysia memberi fokus kepada bantuan kecemasan perubatan, bekalan asas seperti air bersih dan makanan, selain sokongan psikososial kepada mangsa terjejas.