Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Banjir di Sabah pulih, PPS di Sipitang ditutup

Bernama 27/10/2025 | 09:57 MYT
Semalam, lima kampung terjejas di Sipitang akibat banjir dan penduduk telah dipindahkan sejak tengah malam tadi.- Sumber foto FB Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang
KOTA KINABALU: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Mini Mesapol, Sipitang yang menempatkan 44 mangsa daripada 16 keluarga, ditutup tengah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A. M Zahari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Hasil pemantauan mendapati air telah surut sepenuhnya, dan cuaca semasa adalah baik (tidak hujan). Tiada laluan yang ditutup kepada kenderaan pada masa ini.

"Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin," katanya.

Semalam, lima kampung terjejas di Sipitang akibat banjir dan penduduk telah dipindahkan sejak tengah malam tadi.

-- BERNAMA


#Banjir Sipitan #PPS #Abd Karim A M Zahari #lima kampung terjejas akibat banjir Sipitang