awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih

Bernama
Bernama
08/03/2025
11:05 MYT
Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 522 orang daripada 154 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 418 orang daripada 121 keluarga pada 8 pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.
Di SABAH, jumlah mangsa meningkat kepada 522 orang daripada 154 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 418 orang daripada 121 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 420 orang daripada 121 keluarga dipindahkan di dua PPS Beaufort, manakala 102 orang daripada 33 keluarga di satu PPS di Membakut.
"Sebanyak 16 kampung terjejas iaitu 10 di Beaufort dan enam di Membakut. Trend pemindahan mangsa petang ini meningkat," menurut kenyataan itu.
Di MELAKA, mangsa banjir di Jasin terus berkurang dengan hanya tinggal empat orang daripada satu keluarga setakat 4 petang ini berbanding sembilan orang daripada tiga keluarga 8 pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemuanya berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai.
Terdahulu media melaporkan dua daerah di negeri itu iaitu Melaka Tengah dan Jasin dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak 11 malam Rabu menyebabkan kira-kira 37 kawasan dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#Melaka
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan