Banjir di Sarawak makin kritikal, pemantauan ditingkatkan

Noraida Abdul Kassim
Februari 9, 2016 10:18 MYT
Hafiz berkata, setakat ini mereka telah menggerakkan tiga buah bot penyelamat bagi operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. - fotoBERNAMA
Pemantauan berterusan di semua kawasan berisiko banjir dan kawasan tertentu akan dilakukan biarpun ramalan mengatakan hujan lebat tidak akan turun pada hari ini.
Penguasa Bomba Zon Satu Sarawak, Abdul Hafiz Abdul Khalid berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak akan terus mengerakkan anggotanya bagi melakukan tugasan menyelamat penduduk yang terjejas.
Menurutnya, kawasan yang kerap dilanda banjir menjadi tumpuan utama mereka untuk operasi pemantauan setelah fenomena air pasang besar dijangka akan berlaku petang hari ini.
"Apa yang kita lakukan ialah membuat pemantauan di tempat tempat hotspot dan kawasan yang mudah dinaiki air.
"Selain itu, kita juga mendapat aduan daripada orang ramai ataupun mana mana agensi di kawasan yang dijangka dinaiki air atau sedang dinaiki air. Jadi kita akan terus ke lokasi bersama jentera termasuk lori dan bot," katanya.
Hafiz turut menyatakan setakat ini , mereka telah menggerakkan tiga buah bot penyelamat bagi operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.
"Situasi sekarang, kalau kita tengok cuaca macam sedikit baik, tapi kita masih berjaga-jaga jika berlaku sebarang kejadian di luar jangkaan termasuk di kawasan hotspot," katanya ketika membuat tinjauan paras air di kawasan Tambak Batu Kitang di sini yang ketika itu berada pada paras yang tinggi disebabkan fenomena air pasang besar sepanjang minggu ini.

#banjirSwak keadaan semasa sungai di tambak batu kitang kuching. arus deras. @501Awani @MisiahTaib @norehamohd pic.twitter.com/ZnDjog7Oxb

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) February 9, 201
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#banjirSarawak antara jalanraya di kmpg kudei kch yang telah dinaiki air akbt fenomena air pasang besar. @501Awani pic.twitter.com/rMkirm94rz

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) February 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#banjirSarawak seorg makcik membantu hantar penduduk selepas mengambil brg dirumah ketika banjir.@501Awani pic.twitter.com/2WjNDZCvFI

— Noraida Abdul Kassim (@eida0109) February 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Zon Kuching, hanya 14 buah pusat pemindahan banjir yang masih dibuka setakat ini berbanding 16 pada pagi tadi manakala daerah Bau pula, lima pusat pemindahan dibuka.
Bernama melaporkan setakat jam 5 petang Selasa, seramai 2,679 orang mangsa dari 694 buah keluarga di daerah Bau dan Kuching telah direkodkan.
#banjir #bantuan #bomba #JBPM #pusat pemindahan #Sarawak