MALAYSIA
Banjir di Sarawak semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah catat sedikit peningkatan
Situasi banjir di Sarawak semakin pulih dengan mangsa di PPS Bekenu berkurang kepada 135 orang, manakala Sabah catat peningkatan kepada 1,224 mangsa di Beaufort dan Tenom pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak semakin pulih manakala Sabah mencatatkan sedikit peningkatan jumlah mangsa setakat 8 pagi ini.
Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 135 orang daripada 46 keluarga berbanding 185 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang semalam.
Sementara itu, Sabah menyaksikan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom kepada 1,224 orang daripada 433 keluarga pagi ini berbanding 1,206 orang daripada 425 keluarga petang semalam.
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bencana itu menjejaskan penduduk di sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom.
Menurut kenyataan itu, Beaufort merekodkan 661 mangsa banjir daripada 223 keluarga manakala di Tenom, seramai 563 orang daripada 210 keluarga terjejas.
Sebanyak lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) kini beroperasi di kedua-dua daerah bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.
-- BERNAMA