awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan

Bernama
Bernama
20/12/2023
14:02 MYT
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Di Selangor dan Sabah, PPS di kedua-dua negeri yang masing-masing menempatkan 25 mangsa dan 17 mangsa ditutup petang tadi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Di Selangor dan Sabah, PPS di kedua-dua negeri yang masing-masing menempatkan 25 mangsa dan 17 mangsa ditutup petang tadi.
Sementara itu di Perak, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan berkurang kepada 39 daripada 10 keluarga setakat jam 8 malam ini berbanding 64 daripada 17 keluarga, pagi tadi.
Sekretariat JPBN APM Perak memaklumkan kawasan terjejas banjir kekal melibatkan daerah Hilir Perak membabitkan kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra.
Berkenaan laporan tanah runtuh di Selama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluan A021 Jalan Kubu Gajah-Ijok Sumpitan masih dibuka kepada semua kenderaan setelah kerja pembersihan dijalankan dengan Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid sebagai laluan alternatif.
Laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan di Batang Padang juga kekal dibuka satu lorong kepada semua kenderaan berikutan pembaikan jalan utama perlu dilakukan segera susulan keadaan bahu jalan yang runtuh.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir termenung di jajahan Pasir Mas malam ini juga berkurangan kepada 3,109 daripada 969 keluarga berbanding 3,230 melibatkan 990 keluarga pagi tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 10 PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#banjir selangor
#banjir kelantan
#banjir sabah
#banjir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan