Banjir di Teluk Intan: 57 mangsa dipindahkan

Abd Razak Mohd Ali
Jun 7, 2019 14:00 MYT
Keadaan di salah sebuah kampung yang dinaiki air banjir petang Jumaat. Foto ihsan APM
Seramai 57 orang daripada 13 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka di dua kampung dekat sini dinaiki air malam ini.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak, dua kampung itu ialah Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9.
Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong yang dibuka mulai jam 8 malam ini.
“Mangsa terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, 15 kanak-kanak dan empat bayi,” kata sekretariat tersebut.
Seramai 30 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi sedang memantau situasi banjir itu dari semasa ke semasa.
#banjir #mangsa #pusat pemindahan #Teluk Intan