awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
APMM temui 40 bungkus daun ketum terapung di perairan Pantai Leman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Terengganu: Hanya 26 mangsa di satu PPS setakat 8 pagi ini

Bernama
Bernama
06/12/2021
00:52 MYT
Banjir di Terengganu: Hanya 26 mangsa di satu PPS setakat 8 pagi ini
Keadaan di halaman salah sebuah rumah di Kampung Gong Terap, Setiu, 3 Dis lalu. Hari ini, cuaca diramal baik sepanjang hari di seluruh Terengganu. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan hanya 26 mangsa banjir daripada sembilan keluarga berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini, berbanding 24 mangsa daripada lapan keluarga, 5 petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu menerusi kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu.
Mangsa dipindahkan ke PPS tersebut kerana air yang bertakung di kawasan rumah mereka akibat hujan baru-baru ini masih belum surut.
Cuaca diramal baik sepanjang hari ini di seluruh Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras amaran atau bahaya setakat 8 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#terengganu
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan