MALAYSIA
Banjir di tiga negeri bertambah baik, jumlah mangsa menurun kepada lebih 2,000 malam ini
Pasukan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di sekitar sungai di Alor Setar hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 2,937 orang setakat 8 malam ini, berbanding 3,523 orang petang tadi.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,158 orang daripada 375 keluarga, berbanding 1,339 mangsa petang tadi dan ditempatkan di 12 PPS di empat daerah yang masih beroperasi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 15 daripada keseluruhan 19 PPS di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) telah ditutup hari ini dan empat PPS yang masih beroperasi ialah Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang, Dewan Orang Ramai Changkat Larah, Sekolah Kebangsaan (SK) Matang dan Surau Al-Hidayah Pondok Quint Batu 13, yang menempatkan 373 mangsa daripada 116 keluarga.
Bagi daerah Manjung, lima PPS iaitu SK Sungai Batu, SK Beruas, SK Pantai Remis, SK Tangga dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai menempatkan 522 mangsa daripada 175 keluarga, manakala 153 mangsa berlindung di dua PPS di Kerian serta di Perak Tengah, jumlah mangsa kekal 110 orang.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 1,169 orang daripada 329 keluarga malam ini berbanding 1,335 orang daripada 381 keluarga, petang tadi.
Menurut JPBN, kesemua mangsa dari lima daerah iaitu Kulim, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Padang Terap itu masih ditempatkan di lapan PPS, dengan daerah Kulim kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 719 orang daripada 201 keluarga, diikuti Pendang dengan 279 orang daripada 74 keluarga.
"Pokok Sena pula merekodkan 135 mangsa daripada 39 keluarga di satu PPS, manakala di Kubang Pasu, 36 mangsa, 15 keluarga berlindung di dua PPS," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan tiga sungai di Kedah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pendang (3.55 meter (m)), Sungai Titi Kerbau di Pendang (6.64m) dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu (4.19m).
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 646 mangsa daripada 179 keluarga dan ditempatkan di lima PPS, berbanding 849 orang daripada 233 keluarga, petang tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.44 malam, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang sebelum ini menempatkan 41 orang daripada 10 keluarga, ditutup malam ini.
Daerah SPT merekodkan seramai 193 orang daripada 58 keluarga ditempatkan di SK Guar Perahu, manakala di daerah Seberang Perai Utara, sebanyak 453 orang daripada 121 keluarga masih berlindung di PPS SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dan Labuh Banting.
-- BERNAMA