KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, selain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 6,313 orang yang ditempatkan di 26 PPS di lima daerah setakat 8 pagi ini, berbanding 1,421 orang pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir teramai adalah di Kota Marudu dengan 4,784 orang daripada 1,731 keluarga yang berlindung di 11 PPS, manakala 761 orang (203 keluarga) dipindahkan ke tiga PPS di Kudat.
Selain itu, seramai 406 orang (162 keluarga) ditempatkan di empat PPS di Pitas, diikuti 344 orang (88 keluarga) di tujuh PPS di Paitan manakala Lahad Datu, yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir mencatatkan 18 mangsa (tiga keluarga) yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan.
Menurut kenyataan itu, 153 orang daripada 50 keluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu dan Surau Kampung Sibuang telah diarah berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 kerana PPS asal berisiko banjir.
Di JOHOR, angka mangsa banjir di tujuh daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar, turut mencatatkan pertambahan kepada 5,455 orang melibatkan 55 PPS setakat 8 pagi ini, berbanding 5,000 orang yang direkodkan setakat 10 malam tadi.
Menurut JPBN negeri itu, Segamat terus mencatatkan angka tertinggi mangsa seramai 1,801 orang daripada 504 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS, diikuti Kluang dengan 1,256 orang (353 keluarga) di 12 PPS dan Mersing 1,153 orang (347 keluarga) di tujuh PPS.
Di Kota Tinggi, seramai 738 orang (179 keluarga) dipindahkan ke tujuh PPS, Batu Pahat dengan 272 orang (74 keluarga) di empat PPS, Muar 217 orang (47 keluarga) di tiga PPS dan Pontian dengan 18 mangsa (empat keluarga) di satu PPS.
Sementara itu, paras air di tiga sungai di negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar (di Muara Sungai Gemas) menunjukkan bacaan 19.29 meter (m), Sungai Kahang (di Kampung Contoh) (15.99 m) dan Sungai Endau (2.62 m).
Di PAHANG, mangsa banjir di Rompin yang ditempatkan di tiga PPS meningkat kepada 164 orang daripada 49 keluarga pagi ini, berbanding 138 mangsa daripada 42 keluarga malam tadi.
Sekretariat JPBN melaporkan PPS Kampung Setajam merekodkan mangsa paling ramai iaitu 117 orang diikuti PPS Balai Raya Bukit Lepas dengan 40 orang manakala baki tujuh mangsa berada di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya.
Laman web portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Keratong di Rompin direkodkan pada aras 24.75 m pagi ini, melebihi aras bahaya 23 m yang ditetapkan manakala MetMalaysia pula meramalkan hujan di Rompin sepanjang hari ini.
Sementara itu, SARAWAK menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua PPS dibuka yang menempatkan seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga berikutan hujan lebat di daerah Lundu dan Sematan lewat malam tadi.
Menurut JPBN, PPS berkenaan ialah SK Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak, dengan masing-masing mencatatkan 39 dan 14 mangsa.
MetMalaysia turut meramalkan beberapa kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka mengalami cuaca ribut petir pada sebelah petang dan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, selain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. -APM

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Hari ini, Earth Hour menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.

Harga dan bekalan ayam jadi tumpuan
Harga jualan dan bekalan ayam sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna, khususnya golongan peniaga setiap kali bulan Ramadan. Bagaimana pula dengan situasi Ramadan kali ini, adakah harga ayam meningkat? Adakah bekalan mencukupi? Astro AWANI lakukan tinjauan di Pasar Kuala Nerang.

PM berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah pada Jumaat. Anwar bersama delegasinya juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam Nabi Muhammad.

Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir Terbuka Switzerland
Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel.

Dua terbunuh dalam letupan kilang coklat di Pennsylvania
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada kilang coklat R.M. Palmer Company di West Reading, Berks County.

Perkhidmatan rel, bas kendalian Prasarana cecah sejuta penumpang sehari
Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana mencatatkan jumlah sejuta penumpang sehari pada 21 Mac lepas (Selasa), jumlah tertinggi sejak negara memasuki fasa endemik.

Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Tak sedar dua babi melintas
Kedua-dua penunggang berusia 22 dan 35 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Semeling ke Bedong menggunakan Jalan Pintasan Semeling.

Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang
Tiga PPS ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.

Banjir di Melaka dan Pahang pulih, mangsa di Johor terus berkurang
Banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang beroperasi ditutup hari ini.

Jumlah mangsa banjir menurun di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di empat negeri menyaksikan penurunan kepada 41,994 orang setakat 8 malam ini berbanding 43,132 orang petang tadi.

Mangsa banjir di Johor kembali meningkat 42,706 orang, lima sungai masih lepasi aras bahaya
JPBN memaklumkan seramai 12,047 keluarga masih ditempatkan di 152 PPS yang beroperasi di empat daerah yang terjejas akibat bencana itu.

Banjir kilat: 17 penduduk Kampung Larut Ulu ditempatkan di PPS
Seramai 17 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Larut Ulu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Air Kuning malam tadi susulan banjir kilat.

Banjir di tiga negeri beransur pulih
Di Johor, jumlah mangsa yang direkodkan sedikit menurun daripada 45,218 orang pagi tadi kepada 44,934 petang ini.

Banjir: Jumlah mangsa di PPS tiga negeri menurun malam ini
Situasi banjir di Johor, Pahang dan Melaka menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berkurangan malam ini berbanding petang tadi.

Banjir Johor sedikit pulih, mangsa di Pahang berkurang, Melaka tidak berubah
Keadaan banjir di sebahagian daerah di Johor sedikit pulih dengan penutupan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi dan dua di Segamat.