awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua hingga tiga juta buku rosak

Bernama
Bernama
29/12/2021
05:13 MYT
Banjir: Dua hingga tiga juta buku rosak
Pekerja gudang buku menggunakan backhoe untuk menolak kira-kira dua juta buku yang rosak akibat banjir minggu lalu ketika tinjauan di gudang buku The Big Wolf Seksyen 33 Shah Alam. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah di sini, akibat banjir teruk melanda Selangor pertengahan bulan ini.
Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.
"Namun, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yap berkata, kerja-kerja pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku-buku yang rosak sedang dilaksanakan.
Selain kedai buku BookXcess di Wolf House, beliau berkata, kesemua 14 kedai buku BookXcess di seluruh negara, BookXcess Online dan BookXcess dan Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.
"Hanya Wolf House, terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indan di Shah Alam ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk.
"Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka berada di sekitar gudang kami dan kami mengalu-alukan orang untuk sertai usaha altruistik kami," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua juta buku
#big bad wolf
#BookXcess Wolf House
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan