awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Empat lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda - Polis

Bernama
Bernama
21/12/2021
15:37 MYT
Banjir: Empat lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda - Polis
Identiti empat mangsa itu, masing-masing dua lelaki dan dua wanita belum dikenal pasti. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Empat lagi kematian dicatatkan di kawasan banjir Taman Sri Muda di sini hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan setakat ini adalah 12 terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita setakat 7 malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata identiti empat mangsa itu, masing-masing dua lelaki dan dua wanita belum dikenal pasti.
"Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat," katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, semalam.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir sri muda
#jumlah korban
#penemuan mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan