[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Banjir: Empat lelaki terperangkap atas pokok

Sinar Harian 25/12/2023 | 06:19 MYT
Empat lelaki terperangkap di atas pokok di Pos Blau, Gua Musang selepas kawasan itu ditenggelami banjir pada Isnin. - Foto JBPM
GUA MUSANG: Empat lelaki terperangkap di atas pokok di Pos Blau selepas kawasan itu ditenggelami banjir pada Isnin.


Mangsa yang terperangkap di atas pokok berjaya dibawa turun - JBPM Gua Musang
Kesemua mangsa dikatakan berada di sebuah kebun sayur berhampiran Sungai Brooke.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.31 pagi.


Kesemua mangsa dikatakan berada di sebuah kebun sayur berhampiran Sungai Brooke, Gua Musang pada Isnin. - Foto JBPM Gua Musang
"Mangsa terdiri daripada dua warga Myanmar dan dua lelaki bangsa Cina.


Mangsa terdiri daripada dua warga Myanmar dan dua lelaki bangsa Cina. - Foto JBPM Gua Musang
"Kesemua mereka berjaya diselamatkan. Operasi tamat jam 10 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#banjir #terperangkap atas pokok #Gua Musang #JBPM