MALAYSIA
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan PPS ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering dan SK Tok Jembal serta SK Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang dibuka pada 26 Dis ditutup pada 4 petang tadi.
Ringkasan AI
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini dan SK Tok Jembal serta SK Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus.
JPBN memaklumkan cuaca cerah di kebanyakan kawasan hari ini membolehkan penduduk membersihkan rumah sebelum pulang ke kediaman masing-masing.
JPBN memaklumkan bahawa mereka masih dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) belum berakhir.
Banjir gelombang ketiga melanda Terengganu pada Jumaat lepas ekoran hujan lebat berterusan yang menyebabkan hampir 500 penduduk di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun dipindahkan ke empat PPS.
Banjir di Terengganu bermula pada 22 Nov melibatkan lebih 10,000 mangsa dipindahkan ke lebih 500 PPS di lapan daerah, sebelum bencana itu pulih pada 2 Dis manakala gelombang kedua melanda enam daerah dari 14 hingga 21 Dis.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Terengganu ditutup pada hari ini selepas banjir gelombang ketiga pulih, merangkumi SK Chendering, SK Tok Jembal, dan SK Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus.
- Keadaan cuaca cerah hari ini membenarkan penduduk membersihkan rumah sebelum kembali ke kediaman masing-masing, namun Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu tetap berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang masih berterusan.
- Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu pada Jumaat lalu menyebabkan hampir 500 penduduk dipindahkan ke PPS, setelah banjir bermula pada 22 Nov yang melibatkan lebih 10,000 mangsa dan berakhir pada 2 Dis, diikuti dengan gelombang kedua dari 14 hingga 21 Dis sebelum keadaan kembali pulih.