KUALA LUMPUR: Kerajaan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memperuntukkan dana permulaan RM50 juta bagi membantu proses pemulihan banjir ketika ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu merangkumi geran padanan berjumlah RM25 juta dari Kerajaan, manakala GLIC dan GLC akan bersama-sama memperuntukkan RM25 juta.
"Jumlah RM50 juta ini akan diaktifkan melalui GLC/GLIC Disaster Recovery Network (GDRN) bagi membantu mangsa bencana banjir.
"Sehubungan itu, semenjak 17 Disember 2021, GDRN telah mula memantau keadaan banjir seluruh negara.
"GLIC/GLC yang merupakan sebahagian dari GDRN telah mula turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara bantuan termasuk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah menyediakan pusat pembelajaran KWSP yang mempunyai 152 bilik sebagai pusat penempatan sementara bagi mangsa banjir.
Selain itu, Telekom Malaysia (TM) telah mengaktifkan pusat arahan krisis di seluruh negara dan Pasukan PAKAR semboyan TM kini bersedia untuk memberikan bantuan komunikasi dan perkhidmatan kecemasan yang melibatkan talian internet dan telefon seluruh negara.
Malah, TM turut menyediakan bantuan kepada kakitangan dan komuniti setempat yang terkesan akibat banjir.
"Pharmaniaga dan MASKargo yang sedang giat menghantar bantuan ke pusat-pusat penempatan semula bagi mangsa-mangsa banjir.
"Yayasan Sime Darby sedang menghulur bantuan kepada pekerja-perkerja dan komuniti yang tinggal di perladangan dibawah Sime Darby Plantations.
"Pharmaniaga, Malaysia Aviation Group dan GLC-GLC yang lain juga sedang membantu pekerja-pekerja mereka yang terjejas," katanya.
Tegasnya, kerajaan akan terus memantau keadaan dan MOF khususnya akan sentiasa bersedia untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi membantu mangsa banjir secepat mungkin.
Astro Awani
Sun Dec 19 2021

Jumlah ini merangkumi geran padanan berjumlah RM25 juta dari Kerajaan, manakala GLIC dan GLC akan bersama-sama memperuntukkan RM25 juta. - Bernama

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.

MAIWP lancar Skuad MAIWP Insani Misi Bantuan Banjir 2022
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Skuad MAIWP Insani Misi Bantuan Banjir 2022 pada Rabu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Mangsa banjir di Kelantan hampir 2,000 orang
Setakat 4 petang Selasa, sebanyak 615 keluarga terjejas di daerah Pasir Mas dan kini ditempatkan di tujuh buah PPS.

Kerajaan digesa tambah peruntukan untuk bantu mangsa banjir
Ia seiring dengan beban yang ditanggung serta peningkatan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

Abang Viva, tunang selamat diijabkabulkan
Memandangkan mereka mempunyai niat yang sama untuk berbuat kebajikan, dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelak fitnah.

NGO, sukarelawan mahu bantu mangsa banjir diminta mendaftar - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, pendaftaran sukarelawan juga dapat mengelak berlakunya pembaziran tenaga.

Banjir: Agong titah beri perhatian sistem amaran awal bencana, agihan bantuan
JPS dan MetMalaysia sembah maklum data, persiapan dan lokasi 'hotspot' banjir kepada Seri Paduka dan Tuanku berpuas hati.

Sukarelawan disaran dapatkan barangan bantuan dari luar negeri dilanda banjir - Rosol
Ia bagi memastikan stok bekalan makanan dan keperluan asas di negeri yang terjejas, sentiasa mencukupi buat penduduk setempat.

Bangkai helikopter tentera Pakistan terhempas dijumpai, 6 terkorban
Bangkai helikopter milik tentera Pakistan yang hilang telah dijumpai di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua pada Selasa.

Banjir Baling: Perdana Menteri arah salur bantuan segera kepada mangsa
Perdana Menteri dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.