Banjir: Ini senarai 68 laluan bas RapidKL yang terjejas

Astro Awani
Disember 19, 2021 04:56 MYT
Rapid Bus menyarankan orang ramai mengikuti perkembangan terkini melalui saluran media sosial Rapid KL. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Susulan keadaan banjir di banyak lokasi sekitar ibu negara ketika ini, 68 laluan bas RapidKL ditutup bermula hari ini sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.
Menurut Rapid Bus Sdn Bhd dalam satu kenyataan pagi ini, langkah diambil kerana pihaknya mengutamakan kesejahteraan penumpang dan kapten bas dalam situasi ini.
"Kesulitan yang berlaku adalah berikutan banjir kilat dan cuaca yang tidak menentu di sekitar ibu negara sejak beberapa hari lalu.
“Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman anda," kata Rapid Bus sambil menyarankan orang ramai mengikuti saluran media sosial Rapid KL untuk perkembangan terkini.
Berikut adalah senarai laluan bas yang terjejas:
#banjir #RapidKL #Kuala Lumpur #laluan bas ditutup