awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM teruskan pembelajaran guna PdPR

Bernama
Bernama
22/09/2024
05:00 MYT
Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM teruskan pembelajaran guna PdPR
KPM memaklumkan ia sama ada melibatkan semua murid untuk berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu akan melaksanakan PdPR dan pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada mereka yang terjejas.
PUTRAJAYA: Institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara PPS akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ringkasan AI
  • Sekolah di bawah KPM yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) akan meneruskan pembelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran.
  • Lima sekolah rendah dan satu sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri masih dijadikan PPS. Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS ditutup.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan ia sama ada melibatkan semua murid untuk berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu akan melaksanakan PdPR dan pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada mereka yang terjejas.
"Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic SupportTeam (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran," kata KPM.
Setakat semalam (21 Sept), lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri pula masih dijadikan PPS.
Ia melibatkan 20 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah iaitu 34 PPS dibuka di Kedah serta Pulau Pinang dan Perak masing-masing satu PPS.
"Seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah manakala Perlis telah pulih sepenuhnya dengan semua PPS premis sekolah telah ditutup," kata KPM yang menambah kementerian itu sentiasa memantau situasi banjir untuk memastikan keselamatan warganya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata KPM akan menentukan sesi persekolahan bagi sekolah di Kedah yang terjejas akibat banjir atau PPS, termasuk mempertimbang untuk memberi kelonggaran kepada sekolah terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kementerian Pendidikan
#PdPR
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan