awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: IPTA diarah beri kelonggaran urusan pendaftaran pelajar terjejas - Zambry

Bernama
Bernama
19/09/2025
04:05 MYT
Banjir: IPTA diarah beri kelonggaran urusan pendaftaran pelajar terjejas - Zambry
Zambry menyeru kepada mereka yang terkesan agar menghubungi pihak universiti masing-masing untuk memaklumkan keadaan sebenar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) diarah memberi kelonggaran dalam urusan pendaftaran kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir di Sabah dan Sarawak.

Ringkasan AI
  • IPTA beri kelonggaran pendaftaran kepada pelajar yang terjejas banjir di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak ketinggalan melanjutkan pengajian.
  • Pelajar diminta hubungi universiti masing-masing untuk memaklumkan situasi sebenar agar bantuan dapat disalurkan.
  • Pasukan kesukarelawanan IPTA digerakkan untuk membantu kerja pemulihan pascabanjir termasuk sokongan logistik dan bantuan komuniti.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihak universiti akan membantu dan memberi ruang secukupnya kepada mereka demi memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal peluang melanjutkan pengajian.
"Kepada para pelajar, bakal mahasiswa serta ibu bapa yang sedang berdepan dengan dugaan banjir khususnya yang bakal mendaftar masuk ke universiti awam dalam masa terdekat, janganlah bimbang atau gusar.
"Saya menyeru kepada mereka yang terkesan agar menghubungi pihak universiti masing-masing untuk memaklumkan keadaan sebenar," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Zambry turut memaklumkan bahawa Majlis Kesukarelawanan Siswa Universiti Malaysia dan pasukan kesukarelawanan IPTA akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja pemulihan pascabanjir termasuk sokongan logistik serta bantuan komuniti.
Beliau turut merakamkan ucapan simpati kepada semua mangsa dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam mendepani ujian ketika ini.
"Terima kasih kepada semua pihak yang turun membantu dan memberi sumbangan. Jaga diri dan jaga keselamatan semua. Semoga keadaan kembali pulih segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ipta
#banjir
#Sabah dan Sarawak
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan