awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Banjir Johor: Amaran semula jadi kepada masyarakat - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2025
11:32 MYT
Banjir Johor: Amaran semula jadi kepada masyarakat - Pakar
Penduduk terjejas banjir dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) -Gambar APM Johor
JOHOR BAHRU: Banjir yang melanda beberapa daerah, di sini, sehingga menjejaskan lebih 10,000 penduduk dilihat mengejutkan negara.
Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi Malaysia, Prof Fadhil Mohd Din berkata, bencana itu merupakan satu amaran dalam bentuk semula jadi kepada segenap lapisan masyarakat.
"Intensiti hujan yang turun di bumi Johor adalah di luar jangka. Kebanyakan sistem saliran direka bentuk untuk menampung air sekitar 70 hingga 80 millimeter per jam.
"Tapi intensiti hujan dicatat sekarang ini melebihi 100 millimeter per jam. Itu sebab kawasan yang 15 hingga 20 tahun lepas tidak pernah dinaiki air, tiba-tiba boleh (dilanda) bah.
"Lagi satu faktor adalah peningkatan paras air laut di pesisiran Johor Bahru, ditambah pula kitaran air pasang menyebabkan air disalirkan daripada darat menjadi terperangkap, lalu terjadinya femomena banjir termenung," kata Fadhil kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, bagi mengelakkan bencana sama berulang, pihak kerajaan negeri perlu menumpukan langkah mitigasi tambahan di zon tertentu secara berfasa.
Fasa pertama adalah mitigasi segera iaitu kurang dari lima tahun, fasa kedua pula mitigasi sederhana antara lima hingga 10 tahun manakala fasa ketiga, mitigasi panjang selama 10 tahun ke atas.
"Inisiatif fasa pertama disyorkan untuk kerajaan negeri adalah membina benteng atau tembok yang berupaya mengalirkan air secara automatik, terutamanya di zon berisiko tinggi mengalami banjir.
"Satu lagi isu di Johor Bahru adalah jalan raya tidak mempunyai sistem turapan yang boleh menyerap air ke dalam tanah. Jadi apabila hujan, air terkumpul ini tidak mampu dikeluarkan secepat mungkin,sehingga tercetusnya banjir.
"Seterusnya setiap pemaju yang membangunkan kawasan di Johor perlu memperuntukkan kos tambahan untuk pelan mitigasi risiko banjir, walaupun kos hartanah akan naik, namun ia perlu," jelasnya.
Akhir sekali, Fadhil juga mencadangkan pembinaan terowong gergasi di bawah tanah untuk menadah lebihan air hujan yang boleh mengakibatkan banjir.
"Perkara ini sudah dibangunkan di beberapa negara maju seperti Jepun, ia mirip sistem Terowong Lebuhraya SMART di Kuala Lumpur.
"Tapi sekiranya hendak dibina di Johor, ia memerlukan perbelanjaan sekitar RM1 bilion hingga RM10 bilion, jadi saya kira ini adalah mitigasi jangka masa panjang untuk dipertimbangkan," terangnya.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#intensiti air hujan
#pelan mitigasi risiko banjir
#terowong gergasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami