JOHOR BAHRU: Banjir di negeri Johor menunjukkan peningkatan dengan situasi di daerah Batu Pahat semakin buruk apabila 632 mangsa lagi dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu menjadikan penambahan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 44,937 (12,730 keluarga) setakat 8 pagi ini, berbanding 44,089 (12,486 keluarga) petang semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 172 PPS di lima daerah terjejas.
"Sebanyak lima daerah yang masih terjejas setakat ini iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Mersing dan semua merekodkan jumlah mangsa banjir yang berkurangan kecuali Batu Paha.
"Batu Pahat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan pemindahan 39,878 mangsa (11,104 keluarga) di 114 PPS," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut Azmi, di Muar pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,785 mangsa (846 keluarga) di 19 PPS manakala Segamat pula kini tinggal 706 mangsa banjir (169 keluarga) di 19 PPS.
"Tangkak dan Mersing pula berkurang dengan jumlah mangsa banjir masing-masing 1,662 orang (587 keluarga) di 17 PPS dan 47 orang (14 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS," katanya.
Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir semua daerah di Johor.
Bagaimanapun,lapan lembangan sungai di daerah Muar dan Batu Pahat menunjukkan di atas paras bahaya.
"Ia membabitkan dua sungai di Muar iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong dan Sungai Muar di Panchor.
“Manakala enam sungai di Batu Pahat membabitkan Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Sungai Bekok di Bandar Yong Peng, Sungai Sembrong di Parit Karjo, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong dan Sungai Senggarang di Senggarang," katanya.