awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta untuk pemasangan jambatan Bailey

Bernama
Bernama
18/03/2023
08:30 MYT
Banjir Johor: Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta untuk pemasangan jambatan Bailey
Pemasangan jambatan Baily itu melibatkan kawasan terputus hubungan termasuk di Sekijang, yang memerlukan kerja pembaikan jalan di kawasan tersebut. -Gambar hiasan
BAGAN DATUK: Kabinet memutuskan sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan semalam, akan digunakan bagi pemasangan jambatan Bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemasangan itu melibatkan kawasan terputus hubungan termasuk di Sekijang, yang memerlukan kerja pembaikan jalan di kawasan tersebut.
"Ahli Parlimennya telah memberitahu saya keperluan untuk jambatan Bailey (di situ).
"Jawatankuasa peringkat daerah mengkoordinasikan akan dapat akan memasang jambatan Bailey ini, sebelum pembaikan dan penaikkan taraf jalan-jalan itu dilakukan sepenuhnya," katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor, dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan.
Topic Berkaitan
#jambatan baily
#peruntukan tambahan
#Zahid Hamidi
#banjir johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan