awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: Wanita berusia 24 tahun korban kelima

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
06/03/2023
16:19 MYT
Banjir Johor: Wanita berusia 24 tahun korban kelima
mangsa, Tansharon yang dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 malam tadi. - Ihsan Bomba
MERSING: Seorang wanita berusia 24 tahun menjadi mangsa korban kelima banjir di Johor selepas ditemukan lemas dalam keretanya di Jalan Nitar Utama, Mersing malam Isnin.
Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata mangsa, Tansharon yang dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Katanya, terdahulu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa disyaki terbabas ke tebing jalan, dekat Jalan Nitar Utama, Mersing sebelum ditenggelami air, sejak 6.45 pagi tadi.
"Kerja-kerja membawa naik kereta mangsa dijalankan sejak 6.55 petang tadi, sejurus kenderaan jenis Perodua Myvi itu berjaya dijumpai sekitar 15 meter dari jarak mangsa dilaporkan hilang.
"Usaha mengesan kedudukan mangsa dilakukan oleh pasukan penyelamat di air (PPDA), manakala operasi mengangkat kenderaan tersebut berjaya dilakukan dengan bantuan peralatan menyelamat VRS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Isnin.
Tambah beliau, ketika kejadian, paras air di jalan raya lebih kurang tiga kaki manakala kedalaman cerun di kawasan tersebut dianggarkan 20 kaki.
Beliau memaklumkan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#wanita korban
#korban kelima
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan