[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah berkurangan

Bernama 13/09/2025 | 02:30 MYT
Di Penampang, PPS di Kompleks Sukan Penampang menempatkan 39 mangsa daripada 9 keluarga, Dewan Huguan Siau (142 mangsa, 45 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (43 mangsa, 10 keluarga). - Foto JPBN Sabah
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 378 orang daripada 117 keluarga pagi ini, berbanding 396 orang daripada 126 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 224 mangsa daripada 64 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Sukan Penampang menempatkan (39 mangsa, 9 keluarga), Dewan Huguan Siau (142 mangsa, 45 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (43 mangsa, 10 keluarga).

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

"Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir, dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

#banjir #PPS #Penampang #Beaufort