awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/11/2022
02:00 MYT
Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS
Keadaan terkini kediaman mangsa yang terjejas masih digenangi air setinggi 0.5 sehingga melebihi satu meter. - Astro AWANI
KULIM: Seramai 239 orang mangsa melibatkan 61 keluarga kini ditempatkan enam di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas banjir kilat berlaku di daerah Kulim dan Bandar Baharu setakat jam 8 pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, semua mangsa di pindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mangsa dinaiki air.
Katanya, lima PPS di Kulim diaktifkan adalah Surau Taman Sang Kancil, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Limau, Dewan Penghulu Kampung Paya Tok Betok, Masjid Sungai Seluang dan Surau Kampung Bukit Sarang Ayam.
Manakala di Bandar Baharu mangsa ditempatkan di PPS Surau Kampung Batu 18.
SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN BANJIR DI SINI
“Operasi pemindahan mangsa dilakukan APM dan dibantu Jabatan Bomba Penyelamat daerah Kulim.
“Keadaan terkini kediaman mangsa yang terjejas masih digenangi air setinggi 0.5 sehingga melebihi satu meter,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Amirul Aliff berkata, anggota APM ditempatkan di kawasan terjejas bagi melakukan pemantauan.
Topic Berkaitan
#Kulim
#Bandar Baharu
#banjir kedah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.