ALOR SETAR: Hujan lebat lewat petang semalam mengakibatkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan.
Seramai 526 mangsa dari 145 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah yang terjejas banjir di negeri ini.
Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 pagi ini, meningkat berbanding 416 mangsa dari 113 keluarga di lima PPS di tiga daerah setakat jam 12 tengah malam tadi.
Ini berikutan tiga lagi PPS dibuka, iaitu satu di daerah Kubang Pasu dan dua di Baling, susulan paras air sungai melimpah ke kawasan penduduk.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, setakat ini jumlah mangsa banjir di Pendang ialah seramai 245 orang dari 61 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.
Ia menyaksikan peningkatan berbanding 228 mangsa dari 57 keluarga sebelum ini.
Mohd Muaz berkata, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 179 orang dari 52 keluarga yang berada di tiga PPS, termasuk dua yang baru dibuka malam tadi.
"Kesemua mangsa banjir Kota Setar dipindahkan ke SK Langgar iaitu seramai 79 mangsa dari 23 keluarga manakala di SK Suka Menanti seramai 38 mangsa dari 15 keluarga dan PPS SK Darul Hikmah seramai 62 mangsa dari 14 keluarga.
"Satu PPS di Kubang iaitu di SK Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang dibuka jam 2 pagi tadi dengan menempatkan seramai 65 mangsa dari 19 keluarga.
"Ini berikutan paras air yang meningkat di kawasan Changlun sejak petang semalam yang turut disertai hujan lebat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Muaz berkata, PPS SK Siong menempatkan seramai tujuh mangsa dari empat keluarga dan PPS Tunku Putera seramai lapan mangsa dari empat keluarga.
"Kedua-dua PPS di Baling ini dibuka antara jam 1 pagi dan 4.30 pagi.
"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah itu mencecah 15 mangsa dari lima keluarga," katanya.
Jumlah mangsa banjir di negeri ini dijangka bertambah sekiranya hujan lebat berterusan, yang boleh menyebabkan paras air sungai meningkat.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 02 2021
Setakat ini jumlah mangsa banjir di Pendang ialah 245 orang dari 61 keluarga, meningkat berbanding 228 mangsa dari 57 keluarga sebelum ini. - Foto ihsan APM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
Rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun, Perak meningkat, Melaka kekal
Jumlah mangsa di Kedah yang kesemuanya dari daerah Kota Setar, menurun kepada 243 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir terus menurun, lebih banyak PPS ditutup malam ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.