MALAYSIA
Banjir Kedah: Ada penduduk bahayakan nyawa, enggan tinggal rumah - DO
Hujan berterusan sejak Khamis menyebabkan beberapa mukim di daerah itu terjejas banjir termasuk Mukim Karangan dan Padang Meha. - Gambar/ Bernama
KULIM: Penduduk di daerah ini dinasihatkan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya kediaman dinaiki air atau terputus hubungan akibat banjir bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Ringkasan AI
Pegawai Daerah Kulim Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata terdapat segelintir penduduk masih enggan berpindah dengan alasan ingin menjaga rumah, walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu dan berdepan risiko terputus bekalan makanan.
"Ada yang kekal di rumah kerana tidak mahu tinggalkan rumah, tetapi keadaan itu boleh membahayakan nyawa," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Menengah Agama Madrasah Ihsaniah di Kampung Jangkang, Karangan di sini hari ini.
Mohamad Rizal berkata PPS menyediakan pelbagai kemudahan dan selain penyediaan makanan, pegawai daripada pelbagai agensi turut berada di PPS untuk membantu serta menyalurkan keperluan penduduk.
"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan makanan pagi, tengah hari, petang serta malam (untuk mangsa banjir). Pembekal makanan juga mematuhi kebersihan dengan saya sudah meninjau beberapa PPS dan mendapati semua berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata Pejabat Daerah Kulim akan terus menyalurkan bantuan tambahan jika diperlukan dengan kerjasama JKM.
Sementara itu, Mohamad Rizal berkata hujan berterusan sejak Khamis menyebabkan beberapa mukim di daerah itu terjejas banjir termasuk Mukim Karangan dan Padang Meha.
"Banjir di kawasan ini agak mengejutkan kerana tahun lepas tidak berlaku, tetapi dua atau tiga tahun sebelumnya pernah banjir. Namun, keadaan terkawal hasil kesiapsiagaan semua agensi penyelamat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penduduk di Kulim diminta segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika kediaman dinaiki air atau terputus hubungan akibat banjir, bagi mengelakkan risiko keselamatan. Segelintir penduduk enggan berpindah kerana mahu menjaga rumah walaupun berdepan cuaca buruk dan kemungkinan terputus bekalan makanan.
- Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Rizal Mohamad Radzi memaklumkan PPS menyediakan pelbagai kemudahan termasuk makanan lengkap sepanjang hari oleh JKM, selain kehadiran pegawai pelbagai agensi untuk membantu mangsa. Pejabat Daerah Kulim juga bersedia menyalurkan bantuan tambahan jika diperlukan.
- Hujan berterusan sejak Khamis menyebabkan beberapa mukim termasuk Karangan dan Padang Meha dilanda banjir. Walaupun banjir kali ini mengejutkan, keadaan masih terkawal hasil kesiapsiagaan semua agensi penyelamat.