MALAYSIA
Banjir Kedah: Bomba selamatkan lapan sekeluarga terperangkap dua jam di dusun
Bomba menyelamatkan lapan sekeluarga yang terperangkap lebih dua jam di Kampung Wang Perah, Changlun, malam tadi, susulan kawasan mereka beraktiviti dinaiki air banjir. - Foto JBPM Kedah
CHANGLUN: Lapan sekeluarga berdepan detik cemas apabila kawasan dusun dijadikan tempat aktiviti riadah di Kampung Wang Perah di sini secara tiba-tiba dinaiki air malam tadi.
Ia susulan air sungai berdekatan yang melimpah, mengakibatkan semua mangsa terperangkap lebih dua jam sebelum berjaya diselamatkan pasukan bomba.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.
“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam bersama anggota Polis Diraja Malaysia tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Ketua operasi dimaklumkan oleh salah seorang daripada keluarga mangsa, terdapat seramai lapan orang terdiri daripada empat lelaki dewasa dan tiga wanita dewasa berusia antara 20-an dan 50-an serta seorang kanak-kanak berusia lingkungan 10 hingga 12 tahun.
“Operasi penyelamatan dilakukan dengan merentangkan tali dan semua mangsa dipindahkan satu persatu sehingga selesai,” katanya.
Katanya, semua mereka berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.32 malam.