awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Bomba selamatkan wanita lumpuh terperangkap dalam rumah dinaiki air

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/11/2024
10:16 MYT
Banjir Kedah: Bomba selamatkan wanita lumpuh terperangkap dalam rumah dinaiki air
Norsiah Saad yang lumpuh sejak enam bulan lalu diselamatkan pasukan bomba. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA NERANG: Seorang wanita yang menderita penyakit saraf dan lumpuh seluruh badan diselamatkan pasukan bomba selepas kediamannya di Kampung Tanjung, di sini dinaiki air pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Mad Khozali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang mengatakan rumah mangsa dinaiki air.
“Saya bersama anggota ke lokasi memdapati jalan ke rumah mangsa di Jalan Kampung Tanjung terputus selepas dinaiki air hampir satu meter.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa bersama anaknya sebelum dipindahkan ke dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, mangsa Norsiah Saad, 50, yang lumpuh sejak enam bulan lalu menzahirkan rasa syukur kerana diselamatkan pasukan bomba.
Katanya, rumahnya di Kampung Tanjung dinaiki air sejak jam 6 pagi mengakibatkan dia serta tiga anaknya terperangkap dan tidak dapat keluar.
“Terima kasih kepada anggota yang menolong saya. Saya mengalami lumpuh akibat penyakit saraf sejak enam bulan lalu tidak dapat berbuat apa-apa sehinggalah anak saya menghubungi talian kecemasan.
“Saya terlantar dan baru sahaja balik dari hospital dua bulan lepas. Saya tak dapat teruskan rawatan susulan di hospital kerana tiada kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,849 mangsa daripada 595 keluarga pada jam 5 petang hari ini.
Jumlah itu meningkat berbanding 569 mangsa daripada 197 keluarga yang dilaporkan pada jam 8 pagi tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, setakat ini jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 17 buah di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Sik, Pokok Sena dan Padang Terap.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#wanita lumpur
#terputus hubungan
#bomba selamatkan mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan