[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
MALAYSIA

Banjir Kedah: Empat kampung terjejas, 62 mangsa dipindahkan di Kubang Pasu

Adie Sufian Zulkefli 24/11/2020 | 01:19 MYT
Hujan lebat sejak petang Isnin menyebabkan air di kawasan rendah di beberapa kampung dalam daerah Kubang Pasu mula dinaiki air jam 7.30 malam. - Foto APM
KUBANG PASU:Seramai 62 orang daripada 15 keluarga di empat kampung dalam Mukim Malau di sini menjadi mangsa pertama banjir di negeri ini malam tadi.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Kiong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Leftenan (PA) Norazian Shamsudin, semua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Malau bermula jam 8 malam tadi.

"Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air di kawasan rendah di situ mula naik jam 7.30 malam.

"Sehingga jam 8 pagi tadi, air masih belum surut dan kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS," katanya.

Foto APM


#banjir #Kedah #PPS #Pusat Pemindahan Sementara #Mukim Malau #Kubang Pasu #sekolah #mangsa #pusat pemindahan #keluarga