awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Tiga PPS dibuka di Baling dan Bandar Baharu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/10/2023
21:15 MYT
Banjir Kedah: Tiga PPS dibuka di Baling dan Bandar Baharu
Di Baling, sebanyak 31 rumah daripada sembilan kampung terjejas banjir termasuk Kampung Siput, Kampung Baru, Kampung Batu 8, Kampung Sri Ketengga dan Kampung Bukit Sebelah. - Foto APM Baling
ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah malam tadi, masing-masing dua di daerah Baling dan satu di Bandar Baharu.
Ia susulan hujan lebat sehingga tengah malam tadi mengakibatkan rumah penduduk dilanda banjir kilat, menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz.
PPS di Baling diaktifkan bermula jam 10 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu dan SK Siong manakala di Bandar Baharu, di Masjid Sungai Batu.
Mohd Faizol berkata, sebanyak 31 buah rumah daripada sembilan kampung terjejas banjir.
“Antara kampung terbabit adalah Kampung Siput, Kampung Baru, Kampung Batu 8, Kampung Sri Ketengga, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Cenerai, Kampung Batu 60, Kampung Kuala Kedua dan Kampung Memali.
"Seramai 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling bersama dua pegawai serta aset seperti lori, pacuan empat roda dan dua buah ambulans digunakan.
"Sehingga jam 12 tengah malam, proses pemindahan mangsa ke PPS masih lagi dilakukan bersama agensi lain, antaranya bomba dan polis," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Foto APM Baling
Foto APM Baling
Mohd Faizol berkata, hujan lebat masih berterusan dan dijangka beberapa kawasan penduduk di berhampiran sungai akan dimasuki air berikutan paras air Sungai Baling kian meningkat.
Dalam pada itu, pihak APM menerima laporan seramai 123 pelajar dan 40 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bonggor dan SK Seri Perdana Kota Setar yang sedang menjalankan aktiviti perkhemahan di kawasan Sungai Baling berjaya dipindahkan ke tempat selamat.
“Tindakan segera untuk memindahkan mereka terpaksa dilakukan bagi mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.
Foto APM Baling
Foto APM Baling
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, satu PPS dibuka di Bandar Baharu menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga.
"Tiga keluarga terbabit dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Batu yang dibuka jam 9.30 malam.
"Limpahan air Sungai Selama telah memasuki rumah penduduk di Kampung Cherok Meranti," katanya.
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#Sungai Baling
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan