awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: HRPZ II tangguh sementara pembedahan elektif

Bernama
Bernama
19/12/2022
10:40 MYT
Banjir Kelantan: HRPZ II tangguh sementara pembedahan elektif
Dr Zaini berkata penangguhan ini tidak melibatkan pembedahan kecemasan yang akan tetap dilakukan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menangguhkan pembedahan elektif sehingga diberitahu kelak berikutan bencana banjir di Kelantan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin bagaimanapun berkata penangguhan ini tidak melibatkan pembedahan kecemasan yang akan tetap dilakukan.
"Kita telah maklumkan awal kepada pesakit mengenai penangguhan pembedahan yang bukan kecemasan ini kerana kita mahu pastikan operasi di hospital berjalan lancar sepanjang musim banjir ini.
"Pihak HRPZ II juga akan mengenal pasti pesakit yang telah dibuat penilaian dan dibenarkan untuk pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata antara inisiatif lain yang diambil adalah menyediakan perkhidmatan kenderaan hospital iaitu dua buah trak pikap dan sebuah lori untuk mengambil kakitangan hospital yang boleh bertugas namun tidak dapat hadir berikutan daripada keadaan jalan raya ditutup kepada kenderaan ringan.
"JKNK bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#operasi hospital
#HRPZ II
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan