Dua remaja menjadi korban banjir di Kelantan apabila mereka ditemui lemas dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas dan Tumpat siang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, kes pertama melibatkan remaja berusia 16 tahun yang dikatakan terjatuh ke dalam sebuah tali air di Kampung Kenjing, Repek Pasir Mas, sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Aiman Farhan Zahari, ditemui beberapa minit kemudian oleh penduduk kampung.
Manakala kes kedua melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun yang dikatakan lemas ketika memasang pukat di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Baru, Tumpat.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Aiman Zikri Mulyadi, ditemui pasukan penyelamat Bomba pada jam 4 petang tadi.
Menurut Azmi lagi, pihaknya kesal dengan insiden ini kerana nasihat dan teguran sudah diberikan supaya mengawasi anak-anak ketika banjir namun masih terdapat lagi kes seumpama ini.
Sementara itu Azmi turut memaklumkan dua remaja masih hilang ketika mandi di Pantai Nipah, Bachok petang tadi.
Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Ilham Mohd Hafiz, 15, dan seorang lagi dikenali sebagai Mohd Aiman Che Hashim juga 15 tahun.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang tadi dua remaja berkenaan dikatakan mandi laut bersama lima lagi rakannya.
Namun kelima-lima rakannya berjaya menyelamatkan diri.
Dua mangsa berkenaan berasal dari Kota Bharu.
Operasi mencari telah digerakkan sebaik menerima panggilan berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Sat Jan 21 2017
Mangsa dikenali sebagai Mohd Aiman Zikri Mulyadi, ditemui pasukan penyelamat Bomba pada jam 4 petang tadi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Banjir Kelantan: Mayat dua remaja lemas ditemui di Pasir Mas dan Tumpat
Dua remaja menjadi korban banjir di Kelantan apabila mereka ditemui lemas dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas dan Tumpat siang tadi.