Sungai Nenggiri adalah antara sungai sekunder di Kelantan dan pernah dikaitkan dengan legenda ular naga putih.
Sungai sepanjang 51 kilometer ini mengalir daripada hulu Kelantan ke sungai utama iaitu Sungai Kelantan sehingga ke Kuala Krai.
Ia pernah menjadi antara laluan perhubungan utama masyarakat sekitar termasuk 138 pos Orang Asli di sepanjang sungai ini.
Cuma, hari ini Sungai Nenggiri yang terletak di tengah-tengah kawasan hutan dan jauh daripada pembangunan ini sudah menjadi cetek!
Tinjauan Bernama baru-baru ini mendapati masyarakat Orang Asli terutamanya masih bergantung kepada sungai ini sebagai sumber minuman dan pencarian rezeki selain untuk kegunaan harian, walaupun kualiti airnya tidak lagi seperti dahulu.
BILA SUNGAI DICEMARI
Sungai adalah anugerah besar alam yang perlu dijaga dan dipulihara dan keadaan semasa Sungai Nenggiri menunjukkan ia adalah antara yang menjadi mangsa pengabaian serta pencemaran.
Bernama yang melakukan tinjauan kesan banjir besar di Kelantan baru-baru ini yang turut meliputi kawasan sekitar Sungai Nenggiri melihat banyak kemusnahan yang berlaku akibat banjir itu.
Air Sungai Nenggiri yang luar biasa banyaknya ketika banjir turut menyebabkan Jambatan Pulau Setelu yang merentangi sungai itu runtuh!
Penduduk kampung sekitar Jambatan Pulau Setelu terpaksa menjadikan bot sebagai sumber pengangkutan utama mereka untuk merentasi Sungai Nenggiri. Jambatan Pulau Setelu yang merentangi Sungai Nenggeri menyembah bumi akibat banjir baru-baru ini.
Untuk rekod, analisis data paras air sungai utama (hydrograph) yang dicerap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menunjukkan peningkatan paras air akibat hujan lebat di kawasan Ulu Kelantan dari 16 hingga 24 Dis 2014.
Fenomena itulah yang menyebabkan kemuncak banjir besar yang berlaku pada 24 Dis 2014.
Jumlah hujan harian yang diterima dalam tempoh 10 hari di Stesen Gunung Gagau, sebagai contoh adalah hampir 50 peratus jumlah hujan tahunan di negeri itu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Lembangan Sungai dan Zon Pantai, JPS Kelantan, Marizah Mohamad, stesen tersebut merekodkan penerimaan sejumlah 1,898 milimeter air hujan.
"Kalau ikut kita punya rekod memang ada, banjir mula pada 16 haribulan jadi dalam tempoh 10 hari itu memang kadar hujan yang turun agak ekstrem," katanya.
Tambah beliau, paras bahaya Sungai Kelantan di Tangga Krai ialah 25.00 meter dan ketika kemuncak banjir, paras air yang direkodkan ialah 34.17 meter.
"Aliran air hujan daripada Nenggiri dan Sungai Galas termasuk Sungai Lebir akan bertembung dengan Sungai Kelantan dan titik pertemuan itu lebih di jajahan kawasan Kuala Krai, menyebabkan Kuala Krai mengalami banjir yang agak berat," katanya.
LEBAR SUNGAI DAN KEDALAMAN TIDAK SEIMBANG
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keadaan Sungai Nenggiri, Bernama mendapatkan bantuan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
Kajian yang dibuat institut ini pada 24 Jan lepas antara lain mengesahkan Sungai Nenggiri memang sudah cetek dan akan menjadi lebih cetek.
Malah yang menjadi kebimbangan ialah sungai ini mungkin tidak mampu menampung langsung taburan hujan lebat musim tengkujuh sepertimana yang berlaku baru-baru ini.
Pengarah UNISZA, Profesor Madya Dr Hafizan Juahir mengetuai pasukan yang membuat kajian ke atas Sungai Nenggiri, berhampiran Jambatan Pulau Setelu yang runtuh.
Antara dapatan yang memeranjatkan beliau dan pasukannya ialah nilai purata kedalaman sungai setelah dibandingkan dengan lebar tebing didapati tidak normal.
"Sungai ini agak lebar iaitu sekitar 300 meter dan jika dibandingkan dengan purata julat kedalaman antara 0.4 sehingga 3.5 meter, ia boleh diklasifikasikan sebagai cetek dan tidak dapat menampung jumlah hujan yang banyak," katanya.
Hafizan turut positif hujan luar biasa yang turun di kawasan berkenaan pada 22 Dis lepas penyebab beberapa daerah di Kelantan, terutamanya berhampiran sungai-sungai sekunder, primer dan utama ditenggelami air.
HAKISAN TEBING
Beliau memberitahu Bernama, hakisan tebing dan pembukaan tanah yang berleluasa di hulu sungai dilihat sebagai punca penghasilan pepejal terampai.
Tambahnya, hasil cerapan turut mendapati nilai pepejal terampai di sungai itu melebihi had ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Julatnya antara 100-250 milligram per liter (mg/l). Kita dapati daripada tahap pepejal terampai, kemungkinan besar is berpunca daripada pembukaan tanah dan hakisan tebing.
"Kalau kita rujuk Piawaian Kualiti Air Kebangsaan, had sebenar yang dibenarkan tidak melebih 150 mg/l.
"Kami tidak dapat menolak, walaupun kita menerima kadar hujan lebih tinggi dalam tempoh berlakunya banjir baru-baru ini, namun antara faktor yang memburukkan keadaan banjir ialah pembukaan tanah," katanya.
SUNGAI KELAPA SAWIT
Untuk meninjau lebih jauh keadaan Sungai Nenggiri, penulis turut mengambil inisiatif menyusuri sungai ini dengan menaiki bot enjin galah sehingga ke hulu.
Biarpun agak membahayakan diri kerana bot panjang itu dikemudi melawan arus deras Sungai Nenggiri, namun bot jenis itu sahaja yang boleh digunakan kerana dikhuatiri terdapat kayu balak di bawah permukaan air.
Sungai Nenggiri adalah rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang, manakala anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi penempatan di kawasan pedalaman seperti perkampungan Orang Asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kampung Kuala Jenera dan Kampung Kuala Penep.
Sungai Nenggiri dilaporkan cukup popular dengan aktiviti berkayak dan berakit selain memancing.
Menurut laman sesawang Majlis Daerah Gua Musang, ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram yang amat sesuai untuk aktiviti yang berteraskan eko-pelancongan dengan keindahan suasana kehijauan alam semula jadi.
Namun hasil tinjauan kami di sepanjang Sungai Nenggiri mendapati banyak tebing sungai musnah ibarat dibadai 'tsunami kecil'.
Seolah-olah ketinggian air ketika berlaku banjir mencecah lebih lima meter berbanding ketinggian tebing sungai dengan permukaan air.
Lebih memeranjatkan kami ialah di sepanjang sungai itu, hanya kelihatan ladang kelapa sawit di kiri kanan tebing sungai dengan ketinggian pokok kelapa sawit kira-kira semeter.
Kami juga tidak nampak kawasan rizab sungai tetapi mendapati ada kilang kelapa sawit yang beroperasi berdekatan dengan sungai ini.
Pemandu bot kami, Ahmad Tarmizi Ismail, 31, mendakwa operasi ladang kelapa sawit di sepanjang pinggir sungai ini telah bermula sejak lima tahun lepas.
Dakwanya lagi, kilang kelapa sawit berkenaan membuang hampas kelapa sawit ke dalam sungai sehingga mengancam ekosistem ikan di sungai ini.
"Dahulu Sungai Nenggiri adalah tempat pembiakan antara ikan termahal di Malaysia, iaitu ikan kelah namun ekoran sungai Nenggiri telah tercemar ikan kelah kian pupus," kata Ahmad Tarmizi.
RINTIHAN MASYARAKAT ORANG ASLI
Bernama yang turut meninjau kesan banjir kepada kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan Sungai Kuala Betis mendapati kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab menggondol dan membuka tanah di kawasan hulu Kelantan memberi kesan buruk kepada kehidupan mereka.
Ini memandangkan penempatan mereka terletak kira-kira lapan meter dari tebing sungai.
Sekiranya banjir buruk berulang, sudah pasti nyawa mereka terancam.
Menurut beberapa penghulu Orang Asli yang menetap berdekatan di Sungai Kuala Betis, mereka belum pernah mengalami banjir buruk sebelum ini walaupun sudah menetap di kawasan itu lebih 50 tahun.
Persoalan yang berlegar dalam fikiran mereka ialah mengapa banjir besar berlaku dan adakah ia berkaitan dengan pembukaan tanah dan pembalakan di daerah itu?
Bagi Tok Batin Kampung Merlong, Ibrahim Marijah, 58, banjir besar itu umpama amaran dari 'tuhan'.
Katanya, keindahan alam sekitar di sekeliling penempatan mereka kian berubah ekoran aktiviti pembukaan tanah dan pembalakan di sebelah hulu.
"Siapa sangka kegiatan pembalakan yang sudah bermula sejak lapan tahun lepas kini memberi kesan buruk kepada masyarakat Orang Asli.
"Jika dibandingkan 20 tahun dulu, sungai ini (Sungai Kuala Betis) bersih, jernih dan ikannya banyak. Kami juga menggunakan sungai ini untuk bekalan air di kampung ini.
"Sedih saya melihat apabila alam sekitar di sini semakin lama semakin hilang. Suasananya t6idak seperti dahulu lagi. Apalah nasib generasi kami akan datang," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Lambut, Adam Asu, 71, menyuarakan rasa kesalnya yang terpaksa ditanggung akibat permintaannya mewujudkan kemudahan infrastruktur di kampungnya.
Kemudahan itu kini menjadi 'duri dalam daging' kerana jalan raya yang dibina oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) di kampungnya demi kesenangan penduduk 'dirampas' lori balak sebagai laluan masuk untuk menggondol lagi kawasan hijau yang ada.
"Masa dulu, sejak saya kecil tidak pernah berlaku banjir seburuk ini. Sebaik sahaja lori balak keluar masuk sejak lapan tahun lepas di kampung ini, pelbagai masalah timbul.
"Jalan tar yang dibina oleh JKOA adalah untuk kesenangan penduduk orang asli di sini, tetapi lori balak pula yang mengambil kesempatan sehingga merosakkan jalan itu," katanya.
SETERUSNYA: Pembalakan Masih Aktif Di Gua Musang
_____________________________________________________________________________
*Ini adalah bahagian kedua daripada empat siri rencana mengenai banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014.
*Dua wartawan Bernama Syed Ilya Al-Qadri dan Nik Nurfaqih Nik Wil cuba mengesan punca banjir besar itu dan sama ada pembalakan antara isu yang perlu diberi perhatian.
Bernama
Sat Mar 14 2015
Dua wartawan cuba mengesan punca banjir besar di negeri Kelantan dan sama ada pembalakan antara puncanya.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Usahawan tempatan, pempengaruh media sosial termasuk Khairul Aming turun padang
Khairul Aming memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Banjir Kelantan: 'Jika perlu apa-apa, terus maklumkan kami' - Zahid pesan kepada Nasuruddin
Ahmad Zahid menghubungi Mohd Nasuruddin untuk bertanya mengenai perkembangan keadaan banjir di Kelantan.
Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.
Banjir: Lima pos statik PGA di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok ditutup
Lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam penugasan Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok telah ditutup akibat terjejas banjir.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Paras air Sungai Kelantan semakin naik, berisiko melimpah ke pusat bandar Kota Bharu
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.
Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.