awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Satu PPS dibuka di Bachok

Bernama
Bernama
22/11/2025
03:50 MYT
Banjir Kelantan: Satu PPS dibuka di Bachok
PPS berkenaan menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga daripada satu mukim yang terlibat. - Gambar fail
BACHOK: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bachok malam tadi susulan banjir akibat hujan lebat berterusan tahap waspada sejak semalam.
Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS berkenaan menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga daripada satu mukim yang terlibat.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di Kampung Budi, Tawang masih dinaiki air, dengan paras air mula menenggelami jalan kampung dan halaman rumah penduduk.
Aktiviti harian turut terganggu, termasuk pergerakan kenderaan, manakala ramai penduduk telah mengalihkan kereta ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak ditenggelami air.
Selain itu, kelihatan trak bomba dan anggota penyelamat berada di kawasan berkenaan bagi meninjau keadaan serta memastikan keselamatan penduduk.
Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 Nov).
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#monsun timur laut
#Kelantan banjir
#banjir Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan