awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kementerian Kewangan gesa GLC bantu rakyat

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2022
10:49 MYT
Banjir: Kementerian Kewangan gesa GLC bantu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, syarikat di bawah kementerian itu perlu proaktif melaksanakan CSR tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian. - Gambar/ BERNAMA
MACHANG : Kementerian Kewangan menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membantu rakyat yang ditimpa musibah melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, syarikat di bawah kementerian itu perlu proaktif melaksanakan CSR tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian.
"Saya berpandangan syarikat dan agensi yang mengutip hasil seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) perlu terlibat dengan melakukan CSR pada rakyat.
"Ini antara contoh kecil, saya turun padang dan mereka (Kastam) membantu rakyat yang ditimpa musibah dengan memberikan bantuan barangan keperluan berbentuk beras serta kain batik," katanya semasa sidang akhbar pada Program Penyampaian Bantuan Bencana Banjir di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini pada Selasa.
Menurut beliau, CSR tersebut bukan sahaja fokus kepada banjir tetapi bencana lain seperti kebakaran, ribut dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Pontian itu memberitahu, sebanyak 800 bungkusan makanan disumbangkan oleh Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada mangsa banjir di jajahan Machang. - Sinar Harian
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#GLC
#CSR
#Kementerian Kewangan
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan