awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Keutamaan kerajaan selamatkan nyawa rakyat - PM

Bernama
Bernama
18/12/2021
16:59 MYT
Banjir: Keutamaan kerajaan selamatkan nyawa rakyat - PM
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob.
Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
"Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat. Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian.
"Untuk makanan kita tahu bila pindah tiada makanan, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah kerjasama dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan agensi lain akan hantar makanan," katanya pada sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negara (Smart) di sini malam ini.
Sehingga pukul 11 malam sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas banjir kerana hujan lebat sejak semalam, melibatkan 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga.
Selain Selangor, negeri lain yang terjejas adalah Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan terkini Perak.
Ismail Sabri berkata pihak berkuasa akan memastikan proses pemindahan dan bantuan makanan diuruskan malam ini juga.
Terdapat 521 pangkalan hadapan JKM tersedia di seluruh negara bagi membekalkan keperluan barangan untuk mangsa di PPS.
Mengenai keadaan terkini banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata sehingga 10.45 malam, 45 PPS dibuka menempatkan seramai 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.
"Situasi di Selangor ini, ia agak kelam kabut memandangkan negeri ini biasanya tidak terjejas apabila tiba musim tengkujuh," katanya.
Justeru, Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara mengerahkan lebih ramai anggota untuk membantu mangsa banjir di Selangor.
Topic Berkaitan
#banjir
#Perdana Menteri
#banjir selangor
#keselamatan rakyat jadi keutamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan