KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menafikan 'hilang dari radar' ketika banjir melanda kawasan tersebut pada 18 Disember lalu.
Beliau dalam masa yang sama turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengulangi tuduhan tersebut di luar Dewan Rakyat.
Jelas Khalid, pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
"Saya nak uruskan jenazah.... penempatan untuk keluarga yang datang dari Melaka nak ziarah. Terperangkap dengan banjir dan tak boleh balik. Hotel di Shah Alam pula semua penuh.
"Pada 19 Disember, saya pergi ke Decathlon untuk membeli tiga buah kayak (bagi membantu mangsa banjir)," ujarnya pada Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Keempat di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambah Khalid, Pusat Operasi Shah Alam turut membuka empat dapur rakyat dan membekalkan 3,000 pek makanan sehari selama seminggu kepada mangsa-mangsa banjir.
Bagaimanapun, Bung Moktar bangkit mencelah mendakwa, kerana Khalid menguruskan hal lain, maka beliau tidak berada di kawasan banjir.
"Saya cabar Kinabatangan dan Perdana Menteri ulangi tuduhan saya hilang dari radar di Shah Alam pada hari banjir. Ulangi di luar, jangan tunjuk hero dalam Dewan. Buat PC (sidang media), dan ulang (tuduhan) tersebut di luar (Dewan Rakyat).
"Jangan lah berlindung di sebalik Dewan, imuniti Dewan... Jangan jadi pengecut," tegas Khalid.
Bung Moktar kemudian berkata: "Radar mengatakan memang Shah Alam (Khalid) hilang."
Ketika sesi penerangan mengenai isu banjir pagi tadi, Perdana Menteri membidas wakil-wakil rakyat pembangkang yang didakwa “hilang” ketika musibah banjir membadai beberapa negeri pada 18 Disember lalu.
Ismail Sabri memaklumkan beliau bergegas melawat kawasan banjir pada lewat malam ketika bencana itu melanda bagi membantu mangsa banjir, bagaimanapun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dikatakan tidak kelihatan.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 20 2022

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menafikan 'hilang dari radar' ketika banjir melanda kawasan tersebut pada 18 Disember lalu - Gambar fail

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur.

Barometer Kepercayaan Edelman 2022: Tahap kepercayaan terhadap kerajaan dan media menurun
Barometer Amanah itu mendedahkan bahawa Malaysia, bersama-sama dengan seluruh dunia sedang mengalami kitaran ketidakpercayaan.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulas isu risiko di era ketidaktentuan selepas menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Ratu Elizabeth cari pembantu rumah, gaji RM43 sejam
Antara faedah lain yang turut disediakan ialah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Niaga AWANI, Najib Aroff mengulas isu semasa sebelum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi panel dalam isu pengurusan risiko di era ketidaktentuan dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Asia di landasan terbaik kemudi perubahan dunia - Ismail Sabri
Asia perlu juga berhati-hati dalam tindak balas terhadap isu-isu sedia ada dan juga yang baru muncul.

Asia boleh main peranan terajui dunia yang berbelah pendirian - Ismail Sabri
Tumpu usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik COVID-19.

Bukan masa untuk dunia terus berbelah pendirian - PM Ismail Sabri
Dunia sedang berdepan dengan pelbagai ancaman termasuklah perubahan iklim yang memerlukan komitmen dan kerjasama serantau dan antarabangsa.

PM Ismail Sabri raikan Aidilfitri bersama Keluarga Malaysia di Tokyo
Pada majlis itu, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni para tetamu serta bergambar dengan mereka.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman
Malaysia, kata Ismail Sabri, akan menjadi tuan rumah bagi pemukiman dengan negara jiran itu pada tahun ini.

PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.

Singapura cuba minimumkan impak bekalan ayam dari Malaysia
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.

Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun.

Krisis makanan: Perlu pendekatan lebih konkrit jangka pertengahan dan panjang - Pakar
Kelonggaran peraturan import bahan makanan daripada negara luar seperti diumumkan kerajaan dilihat strategi jangka pendek dalam menurunkan harga barangan di pasaran.