awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/05/2024
00:20 MYT
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Anggota keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS susulan hujan lebat di daerah Kulim dan Bandar Baharu malam tadi. - Foto APM Kedah
BANDAR BAHARU: Seramai 132 orang mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini selepas kawasan mereka dilanda banjir kilat sejak malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, mangsa melibatkan 31 keluarga, di daerah Kulim dan Bandar Baharu, dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Dua PPS diaktifkan adalah di Sekolah Menengah Agama Al Ihsaniah, Jangkang di daerah Kulim dan di Masjid Sungai Batu di Bandar Baharu.
“Dua daerah itu masing-masing dibuka bermula tengah malam tadi dan awal pagi hari ini selepas kediaman mereka tidak selamat untuk didiami.
“Air naik dengan cepat susulan hujan lebat sejak petang semalam memasuki kediaman penduduk sehingga mencecah hampir satu meter dan anggota mengambil tindakan pantas mengeluarkan mereka untuk di bawa ke PPS.
Foto APM Kedah
Foto APM Kedah
"Setakat jam 7 pagi ini anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut melakukan pemantauan di lokasi yang berpotensi dinaiki air dan ‘trend’ air di sungai utama menunjukkan makin meningkat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Amirul Aliff turut menasihati penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan berisiko dinaiki air supaya melakukan persediaan dan segera berpindah sekiranya arahan dikeluarkan.
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan