awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 134 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS di Raub, Lipis

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
07/12/2022
03:40 MYT
Banjir kilat: 134 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS di Raub, Lipis
Banjir kilat menjejaskan kediaman penduduk di Kampung Pamah Rawas, Raub, awal pagi tadi. - Foto ihsan APM
LIPIS: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini iaitu enam di Raub dan satu di Lipis berikutan banjir kilat akibat hujan lebat malam tadi.
Tujuh PPS itu menempatkan seramai 134 mangsa daripada 33 keluarga di dua daerah berkenaan.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, satu PPS dibuka di daerah Lipis iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Budu pada jam 5 pagi yang menempatkan 17 mangsa daripada lapan keluarga.
Turut terjejas, laluan Benta-Jerantut berhampiran Kampung Kacu apabila air melimpahi permukaan jalan setinggi 0.3 meter namun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, enam PPS yang dibuka di daerah Raub bermula jam 2 pagi tadi yang menempatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga.
"PPS yang di buka di Surau Kampung Peruas menempatkan 43 mangsa daripada 10 keluarga, PPS Pamah Rawas menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga manakala Balai Raya Pamah Kulat menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga.
"Selain itu, PPS di Balai Raya Kuala Keloi menempatkan seorang mangsa, PPS di Balai Raya Kampung Jenud menempatkan sembilan mangsa dari dua keluarga serta PPS Ulu Atok seramai 15 mangsa daripada lima keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Foto ihsan APM
Foto ihsan APM
Beliau berkata, kawasan kediaman mangsa dinaiki air malam tadi ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa jam.
"Sebaik menerima maklumat anggota APM bertindak segera membantu dan membawa mangsa ke tempat yang selamat.
“Saya mengharapkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan sering dilanda banjir terutamanya berdekatan dengan sungai supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi banjir berikutan hujan lebat sering berlaku, " ujarnya.
Beliau berkata, selain Angkatan Pertahanan Awam (APM), pelbagai agensi turut membantu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Topic Berkaitan
#PPS
#hujan lebat
#banjir kilat
#banjir pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan