awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 168 mangsa banjir di daerah Muallim dipindahkan ke PPS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/03/2022
13:00 MYT
Banjir kilat: 168 mangsa banjir di daerah Muallim dipindahkan ke PPS
Hujan lebat di beberapa kawasan di daerah Muallim telah menyebabkan banjir. - Gambar ihsan APM
TANJUNG MALIM: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan Kampung Berop, dekat sini, dilanda banjir kilat, pada Isnin petang.
Berikutan itu, seramai 168 penduduk daripada 26 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari yang dibuka sekitar pukul 5.40 petang.
Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri Perak, mangsa terdiri daripada 60 lelaki dewasa, 58 wanita dewasa, 15 lelaki warga emas, 10 wanita warga emas, 15 kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.
“Pemantauan masih dilakukan di kawasan yang terjejas kerana banjir masih belum surut dan cuaca masih hujan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, banjir kilat turut melanda Batu 7 1/2 Lorong Mesra di Teluk Intan yang menyebabkan 18 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka pukul 2.30 petang.
Mereka terdiri daripada empat lelaki dewasa, lima wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#daerah Muallim
#PPS
#Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan